Assalamualaikum semua,selamat berpuasa 14 RAMADHAN ,alhamdulilah. Su nak share apa perkhidmatan lain yang kami buat selain dari berniaga di warung. Walaupun nampak kecil tapi sangat berharga sebab boleh bantu memudahkan urusan orang kampung,khususnya di kawasan perpat. Selain dari itu dapat juga tambah pendapatan sampingan dan yang paling penting sebab memang dah minat nak berniaga,jadi teruskan apa yang dah sedia ada sekarang, syukur alhamdulilah. Ok inilah antara perkhidmatan yang kami tawarkan, let's go. i) Perkhidmatan elektrikal dan maintenance. Ada yang nak buat wiring rumah,servis aircond,maintenance boleh je,en suami memang pakar wiring. ii) Perkhidmatan fotostat,print,laminate iii) Perkhidmatan penghantaran gas kerumah,mana orang kampung berdekatan yang tiada masa dan tiada pengangkutan kami boleh membantu. iv) Agent topup (nak bayar bil api/air/astro/ptptn/postpaid pon boleh) v) Agent Cowpex ( Jamu moden untuk para wanita dan kaum lela...